Item specification (if any):

Preloved Pre-owned condition

Dewan Masyarakat Ogos 2006 Ketuanan Politik Melayu lwn Ketuanan Ekonomi Cina. Akhbar Melayu Semakin Nazak

Total 66 pages, no missing page.

Ketuanan Melayu (Jawiكتوانن ملايو) merupakan ideologi politik yang menekankan bahawa kon kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu kononnya merupakan pemegang milik bertaraf "tuan" kepada keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) dan kaum-kaum Cina dan India yang dibawa masuk British ke dalam tanah rangkuman entiti sebelumnya dianggap sebagai "pendatang" yang "terhutang budi" dalam suatu "kontrak sosial" kepada orang Melayu yang dlilihat sanggup dan sedia menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.tetapi sebelum kemerdekaan juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh UMNO dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mahukan kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan afirmatif yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Malaysia menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

Please refer to photo for detail condition unless specify otherwise in listing description.

Fixed price Non-negotiable.

 

Shipping Details :

% Send by Register Mail (tracking available)

% Courier – Poslaju/DHL ecommerce/NinjaVan/JT&T available upon request at additional cost

% Always combine postage

% Oversea shipping please refer to www.pos.com.my for oversea small packet rate plus registered sticker cost, plus fuel surcharge by Pos Malaysia

 

Payment Details:

$ Accept online transfer/ATM bank into Public Bank

$ Accept TnG eWallet or Boost eWallet for Malaysia buyer, which you can load it with credit card

$ Accept PayPal (upon request, additional 7% transaction fee) for overseas buyers only

$ Do NOT accept PayPal nor Credit Card for Malaysia buyer, but you can use TnG wallet to use Credit card

$ Do not COD

$ Singapore buyer can use Singapore Bank direct transfer to Malaysia Bank account

 

SCAMMER/LOW BALLER, don’t need to WASTE your time.