Keindahan penggunaan jed sudah sekian lama dikenali. Bukan saja kerana nilai batu itu tinggi, tapi turut diyakini mempunyai 'kuasa' dalam penjagaan diri pemiliknya.
1.Kesihatan. 2.Mengelakkan Malapetaka. 3.Menyejukkan Badan. 4.Menenangkan Diri. 5.Gaya Tersendiri. 6.Warisan. 7.Menyimpan Kekayaan. 8.Perlaburan.
Bahkan, kedudukan pemakaiannya yang terkenal dalam kalangan generasi terdahulu turut dijadikan sebagai koleksi warisan untuk dihadiahkan kepada generasi muda dalam keluarga.
Hari ini, jed dipakai sebagai pelengkap gaya dan simbolik kepada kemewahan individu.
Jed sering dilihat sebagai hiasan untuk individu berusia kerana budaya masyarakat suka menjadikannya sebagai 'harta' dan perlaburan diwariskan kepada generasi berikutnya.
Antara warna boleh dimiliki ialah hijau, merah, putih, hitam, ungu, coklat, kuning dan campuran warna.
Jed dari Myanmar adalah kelompok batu jed berkualiti paling tinggi di dunia, memiliki dan memakai jed membantu dari sudut kesihatan, mengelak malapetaka dan membawa tuah. Semakin jernih jed, semakin tinggi nilai harganya.